Langkau ke kandungan
JomSkorMatriks
Bantuan

Sokongan

Ada masalah dengan akaun, aplikasi atau Premium? Kami sedia membantu.

Hubungi kami

E-mel: sokongan@jomskor.my
Kami cuba membalas dalam masa 2 hari bekerja.

Apa yang perlu disertakan

Supaya kami boleh membantu dengan cepat, sertakan:

Jangan kongsi kata laluan

Kami tidak akan sekali-kali meminta kata laluan anda. Jangan sertakannya dalam e-mel.

Soalan Lazim

Saya terlupa kata laluan. Apa perlu dibuat?

Jika anda mendaftar dengan Google, pilih "Teruskan dengan Google" di halaman log masuk. Jika tidak, e-mel kami daripada alamat e-mel akaun anda dan kami akan membantu anda masuk semula.

Bagaimana menukar nama paparan, bahasa atau peringatan?

Buka Profil dalam aplikasi atau laman web. Bahasa, tema, bunyi dan peringatan harian boleh diubah di situ. Untuk menukar nama paparan atau tahap sekolah, e-mel kami jika pilihan itu tiada di Profil anda.

Saya jumpa soalan yang salah.

Tekan "Lapor soalan" pada soalan itu semasa misi. Laporan terus sampai kepada kami dan soalan akan disemak.

Peringatan tidak sampai ke telefon saya.

Pastikan pemberitahuan untuk JomSkorMatriks dibenarkan dalam tetapan telefon, kemudian hidupkan peringatan di Profil dan pilih jam peringatan.

Bagaimana murid menyertai kelas guru?

Guru akan memberi kod kelas 6 aksara. Murid membuka Profil, masukkan kod di bahagian "Sertai kelas" dan tekan Sertai.

Saya sudah bayar Premium tetapi akaun belum dibuka.

Bayaran disemak secara manual buat masa ini. Jika akaun belum dibuka dalam masa sehari, e-mel kami dengan e-mel akaun anda dan resit bayaran. Bayaran balik penuh RM29 boleh diminta dalam masa 7 hari dari tarikh bayaran.

Bagaimana memadam akaun saya?

Log masuk dan buka halaman Padam Akaun di jomskormatriks.my/padam-akaun, atau dalam aplikasi pergi ke Profil → Padam akaun. Pemadaman berlaku serta-merta dan kekal.

Soalan lazim lain

Padam akaun

Anda boleh memadam akaun dan semua data pembelajaran anda sendiri pada bila-bila masa.

Pergi ke halaman Padam Akaun

In English

This is a translation. If it differs from the Bahasa Malaysia text above, the Bahasa Malaysia text applies.

Support

Email sokongan@jomskor.my and we will try to reply within 2 working days. Please include your account email, where the problem happens (website, iOS app or Android app, and your phone model), the level, subject and mission or question involved, what you did and what happened, and a screenshot if you have one. For premium, include the payment date and receipt or reference. We will never ask for your password.

Wrong question? Tap “Report this question” during the mission. Reminders not arriving? Allow notifications for JomSkorMatriks in your phone settings, then turn on reminders in Profile. Premium not unlocked within a day of paying? Email us your account email and receipt; full refunds are available within 7 days of payment.

To delete your account and all your learning data, sign in and go to jomskormatriks.my/padam-akaun, or in the app go to Profile → Delete account.

Sokongan & Bantuan · JomSkorMatriks