Langkau ke kandungan
Peta LevelBab 4 ยท 4.1

Kata Sendi Nama & Kesalahan Tatabahasa Lazim

4.1 Kata Sendi Nama

di, ke, dari, daripada, pada, kepada โ€” kata kecil, tapi salah satu je markah terbang! ๐ŸŽฏ

Langkah 1/4

1Fungsi Setiap Kata Sendi

  • Kata sendi nama hadir di DEPAN kata nama/frasa nama ๐Ÿ”—
  • di

    tempat: di sekolah, di rumah

    ke

    arah tuju tempat/masa: ke pejabat, ke pagi

    dari

    tempat/masa asal: dari Ipoh, dari pagi

    daripada

    orang/benda/bandingan/sumber: daripada ibu, daripada kayu

    pada

    masa/tempat abstrak: pada pukul 8, pada pendapat saya

    kepada

    sasaran orang: memberi hadiah kepada adik

Check Kilat โ€” faham ke tak?

Ayat manakah menggunakan kata sendi dengan BETUL? โœ…

Nota penuh: 4.1 Kata Sendi Nama

Semua nota subtopik ini dalam satu halaman โ€” sesuai untuk ulang kaji pantas.

Fungsi Setiap Kata Sendi

  • Kata sendi nama hadir di DEPAN kata nama/frasa nama ๐Ÿ”—
  • di
    tempat: di sekolah, di rumah
    ke
    arah tuju tempat/masa: ke pejabat, ke pagi
    dari
    tempat/masa asal: dari Ipoh, dari pagi
    daripada
    orang/benda/bandingan/sumber: daripada ibu, daripada kayu
    pada
    masa/tempat abstrak: pada pukul 8, pada pendapat saya
    kepada
    sasaran orang: memberi hadiah kepada adik

Perangkap: di/ke vs dari/daripada

  • dari (tempat & masa)

    • datang dari Melaka
    • bekerja dari pagi
    • jatuh dari atas

    daripada (orang, benda, banding, sumber)

    • surat daripada ayah
    • perabot daripada kayu
    • lebih tinggi daripada adik
  • Ingat: dari = tempaT & Time (masa). daripada = oranG, bahaN, banding ๐Ÿง 
  • "di" & "ke" sebagai SENDI (tempat) ada JARAK: "di sekolah", "ke pasar" โœ…
  • "di-" & "ke-" sebagai IMBUHAN (kerja) tiada jarak: "dibaca", "ketua" โœ…

Tip Power! Silap klasik: "diatas meja" (SALAH ejaan) โ€” patut "di atas meja" (ada jarak, sebab sendi tempat). Tapi "dibaca" (rapat, sebab imbuhan kerja).

Perangkap: pada/kepada & antara/di antara

  • pada untuk masa & benda: "pada hari Isnin", "buku pada meja" ๐Ÿ“…
  • kepada untuk sasaran ORANG/hidup: "hantar surat kepada guru" ๐Ÿง‘
  • Beri sesuatu KEPADA orang, letak sesuatu PADA benda
  • Betul โœ…

    • antara Ali dengan Abu
    • di antara dua rumah (tempat fizikal)

    Awas โœ—

    • antara Ali dan Abu (guna "dengan")
    • antara... kepada... (salah gandingan)
  • "antara" berpasangan dengan "dengan", bukan "dan": "antara ibu dengan bapa" ๐Ÿ‘ซ

Cara ingat: kePADA orang (ada nyawa), PADA benda/masa (takde nyawa). Bagi hadiah kepada KAWAN, letak buku pada MEJA.

4.1 Kata Sendi Nama โ€” Nota Bahasa Melayu Tingkatan 3 ยท JomSkorMatriks